Kelas STEM – Paper Cup Helicopter

18 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Paper Cup Helicopter yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Untuk kelas STEM pada kali ini, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Paper Cup Helicopter. Para peserta terlebih dahulu menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina Paper Cup Helicopter menggunakan bahan yang telah disediakan seperti straw, cawan kertas, benang, propeller, klip kertas, pita pelekat, gam dan getah. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Semua bahan yang digunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah. Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya membina Paper Cup Helicopter yang mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali