Kursus Pengenalan Halal & Penyediaan Makanan Halal

20 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2023 (Ahad), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Pengenalan Halal & Penyediaan Makanan Halal pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 5 orang peserta telah menyertai kursus ini.

Melalui kursus tersebut, peserta didedahkan dengan pengenalan tentang halal, penyediaan makanan halal dan kebaikan makanan halal. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan bagaimana menentukan logo halal yang sah supaya tidak keliru dengan longgokan logo halal yang tidak sah di pasaran.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali