Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 7

20 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mac 2023 (Ahad), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 7 pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 18 orang peserta telah menyertai kursus ini dimana 7 orang peserta telah hadir secara fizikal di PEDi Kg Jeriah manakala 11 orang pula telah menghadiri kursus ini secara atas talian di rumah.

\

Melalui kursus tersebut, para peserta telah didedahkan dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Disamping itu, selepas selesai setiap sesi, para peserta dikehendaki menjawab kuiz untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali