Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 8
23 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2023 (Rabu), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 8 pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 5:30 petang. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 5 orang peserta telah menyertai kursus ini dimana 4 orang peserta telah hadir secara fizikal di PEDi Kg Jeriah manakala 1 orang pula telah menghadiri kursus ini secara atas talian di rumah.
Objektif kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Disamping itu juga, bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung, mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz selepas selesai setiap sesi.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: