Softskills – Permainan Catur

30 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Disember 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Softskills iaitu Permainan Catur yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Sebelum bermulanya aktiviti bermain catur, peserta dibimbing mengenali buah catur dan cara pergerakkannya. Memahami cara permainan yang betul amatlah penting untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Melalui aktiviti bermain catur, peserta dapat meningkatkan kemahiran merancang, daya fokus dan kemahiran penyelesaian masalah.

Diharapkan dengan adanya aktiviti, kemahiran softskills dapat diasah seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai daya fokus yang tinggi dan mahir dalam aspek penyelesaian masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali