e-Learning sempena Cuti Sekolah 2023

31 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Disember 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning Sempena Cuti Sekolah yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.

E-Learning pada kali ini telah dibahagikan kepada 3 sesi iaitu Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik. Untuk subjek sejarah, para peserta diperkenalkan dengan negara Malaysia dengan lebih mendalam bagi memupuk dan meningkatkan lagi semangat patriotik dalam kalangan mereka. Selesai habis sesi ini, para peserta mula menjawap kuiz melalui platform Quizizz bagi menguji tahap pemahaman mereka.

Untuk subjek Bahasa Melayu, para peserta didedahkan dengan kata arah. Penggunaan kata arah amat penting dalam penggunaan ayat yang betul. Selesai sesi pengajaran, peserta dikehendaki menjawap kuiz melalui platform Wordwall.

Manakala untuk subjek matematik, peserta didedahkan dengan topik nombor bulat. Di akhir sesi, peserta menjawap soalan kuiz menggunakan platform Quizziz.

Diharapkan dengan adanya aktiviti sempena cuti sekolah seperti ini, para peserta dalam mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali