Program Mempertingkat Jualan Dalam Talian: Shopee Ads Dan Low & No Code Business Suite

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah menyertai Program Mempertingkat Jualan Dalam Talian: Shopee Ads Dan Low & No Code Business Suite anjuran PEDi RPR Sibujaya dengan kerjasama Sibu Digital Innovation Hub. Program tersebut bermula dari pukul 9:00 pagi sehinggalah pukul 4:30 petang bertempat di PEDi RPR Sibujaya. Antara PEDi yang terlibat dalam pelaksanaan program ialah PEDi RPR Sibujaya, PEDi PPR Seduan Rantau Panjang, PEDi Meradong dan PEDi Kg. Jeriah. Seramai 13 orang peserta yang terlibat dalam program kali ini.

Program dimulakan dengan proses pendaftaran para peserta yang terdiri daripada usahawan dan peniaga dari sekitar Sibujaya. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan ucapan ringkas dari Pengurus PEDi Sibujaya dan wakil daripada Sibu Digital Innovation Hub. Pelbagai ilmu baru yang dikongsikan sepanjang program yang semestinya memberi manfaat kepada usahawan-usahawan terlibat.

Antara pengisian sepanjang program ialah perkongsian daripada Jabatan Pertanian, Shopee Ads, Low Code & No Code Business Suite, perkongsian laman web e-Dagang dan advokasi. Untuk perkongsian advokasi, para peserta didedahkan dengan bahaya penipuan atas talian atau e-Dagang. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah serta aktiviti bergambar bersama para peserta. Program berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama semua pihak yang terlibat. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali