Kelas Shopee Pertengahan dan Affiliate TikTok

1 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 30 September 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah dengan telah melaksanakan Kelas Shopee Pertengahan dan Affiliate TikTok pada pukul 09:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Kursus tersebut telah dijalankan di luar premis PEDi. Kursus tersebut telah dihadiri seorang peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendekorasi kedai Shopee dan mempromosikan produk dalam akaun Shopee.

Peserta didedahkan cara mencantikkan lagi akaun penjual dan seterusnya membuat baucar bagi menarik minat pelanggan untuk membeli di kedai Shopee tersebut. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan program Affiliate TikTok. Melalui program ini, peserta dapat menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan barang jualan penjual lain yang ada di TikTok. Diharapkan dengan adanya kelas ini, dapat membantu peserta dalam mempromosikan produk jualan dan seterusnya dapat menambah pendapatan sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali