Kelas Asas Komputer, Asas Menaip dan Advokasi

11 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer, Asas Menaip dan Advokasi yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta. Pada permulaan kelas, peserta telah diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital.

Seterusnya, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen. Para peserta juga turut diajar cara menaip yang betul. Selain itu, sebelum kelas tamat, para peserta telah diberikan latihan untuk membiasakan mereka dengan komputer dan menaip. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali