Kelas Asas Komputer, Asas Menaip dan Advokasi

15 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer, Asas Menaip dan Advokasi yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Pada permulaan kelas, peserta telah diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital dan tayangan video advokasi.

Seterusnya, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen. Para peserta juga turut diajar cara menaip yang betul. Selain itu, Peserta juga diberikan latihan untuk membiasakan mereka dengan komputer dan menaip. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali