Kelas STEM – Paper Plane & Ball Launcher

8 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Paper Plane & Ball Launcher yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Paper Plane Launcher. Para peserta menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina paper plane launcher menggunakan bahan yang telah disediakan seperti batang kertas warna, getah dan stapler.

Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Seterusnya, selepas selesai sesi pertama, kelas STEM diteruskan dengan sesi yang kedua iaitu memperkenalkan para peserta dengan aktiviti STEM – Ball Launcher. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah cawan plastik, selotap, pensel, getah, batang aiskrim, penutup botol dan kadbod. Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah.

Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya membina paper plane dan ball launcher yang mampu berfungsi dengan baik. Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali