Kelas STEM – Kereta Belon

13 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Kereta Belon yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Untuk kelas STEM pada kali para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Kereta Belon. Para peserta menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina kereta belon menggunakan bahan yang telah disediakan seperti pencucuk satay, penutup botol, botol plastik dan penebuk lubang. Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Semua bahan yang digunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah. Di akhir sesi, semua peserta telah berjaya membina kereta belon yang mampu berfungsi dengan baik. Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali