Kelas STEM – Catapult, Paper Boomerang dan Paper Rocket

10 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Catapult, Paper Boomerang dan Paper Rocket yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Catapult. Para peserta menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk membina catapult menggunakan bahan yang telah disediakan seperti batang aiskrim, getah, bola ping pong dan sudu plastik.

Para peserta telah diberikan masa selama 1 jam bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Seterusnya, selepas selesai sesi pertama, kelas STEM diteruskan dengan sesi yang kedua iaitu memperkenalkan para peserta dengan aktiviti STEM – Paper Boomerang. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah kertas warna dan pita pelekat. Untuk sesi yang ketiga, para peserta kemudiannya diperkenalkan dengan aktiviti STEM yang terakhir iaitu STEM – Paper Rocket. Sebelum aktiviti pembinaan paper rocket bermula, para peserta telah diberi penerangan secara ringkas tentang cara melaksanakan aktiviti.

Seterusnya, peserta diminta untuk membina paper rocket menggunakan bahan seperti kertas warna, pisau pemotong, pita pelekat dan gunting. Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah. Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya membina catapult, paper boomerang dan paper rocket yang mampu berfungsi dengan baik. Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali