Kelas STEM – Dynamic System & Connect IT
12 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 November 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Dynamic System & Connect IT yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang peserta.Kelas STEM pada kali ini terbahagi kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Dynamic System. Sebelum memulakan aktiviti, para peserta terlebih dahulu diperkenalkan secara ringkas tentang dynamic system. Dynamic system adalah keadaan di mana sesuatu daya mempengaruhi pergerakan sesuatu objek.
Bagi menjadikan aktiviti STEM pada kali ini lebih menarik, para peserta telah diperkenalkan dengan sebuah platform atas talian yang dapat menjelaskan kesan daya terhadap sesuatu objek dengan lebih jelas dan menyeronokkan iaitu engineering.com yang berkonsepkan permainan video. Untuk sesi yang kedua pula, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Connect IT. Aktiviti STEM kali ini telah memperkenalkan konsep roda dan gandar kepada para peserta. Roda dan gandar adalah mesin ringkas yang terdiri daripada dua objek yang berbentuk bulatan yang berlainan saiz yang mana kedua – duanya bercantum antara satu sama lain.
Roda bersaiz lebih besar dan ia memutarkan objek yang lebih kecil atau sebatang rod yang dinamakan sebagai Gandar. Untuk penerangan dan contoh yang lebih jelas, para peserta telah diperkenalkan dengan sebuah permainan video yang berkonsepkan roda dan gandar di platform engineering.com. Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: