Kelas Asas Microsoft Word dan Microsoft Excel

26 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word dan Microsoft Excel yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang peserta lepasan SPM. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing cara membuat risalah menggunakan Microsoft Word.

Selain itu, peserta juga dibimbing dengan penggunaan Microsoft Excel dan pengiraan ringkas. Selain itu, peserta juga diberikan latihan Excel bagi meningkatkan lagi pemahaman para peserta dengan asas pengiraan dalam Microsoft Excel. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali