e-Learning – Food Chain dan Mouse Structure

10 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Food Chain dan Mouse Structure yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Untuk e-Learning – Food Chain dan Mouse Structure, para peserta telah diajar tentang piramid makanan haiwan dan struktur dalaman dan luaran tikus. Pada kelas e-Learning kali ini, peserta terlebih dahulu diperkenalkan dengan aplikasi Assembler Edu.

Para peserta telah dibekalkan dengan peranti tablet PEDi untuk kegunaan mereka untuk mengimbas ‘Marker’ yang telah disediakan menggunakan aplikasi Assembler Edu. Para peserta teruja melihat gambar piramid makanan dan struktur tikus terhasil dalam bentuk 3D apabila diimbas menggunakan aplikasi Assembler Edu tersebut. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di PEDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali