Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 10

9 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 April 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 10 pada pukul 09:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 4 orang peserta telah menyertai kursus ini di mana seorang peserta telah hadir secara fizikal di PEDi Kg Jeriah manakala 3 orang pula telah menghadiri kursus ini secara atas talian di rumah.

Objektif utama kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Para peserta kursus Latihan Pengendali Makanan akan diberikan kuiz selepas selesai setiap sesi bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali