Hari Bersama Usahawan dan Komuniti PEDi Rantau Panjang

27 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2023, Ahad, PEDi Kg. Jeriah telah bekerjasama dengan beberapa buah PEDi di Sibu untuk menjayakan Hari Bersama Usahawan dan Komuniti PEDi Rantau Panjang yang mana program tersebut adalah program kolaborasi dengan Sibu Digital Innovation Hub yang bertempat di Rumah Suria Rantau Panjang, Sibu. Program bermula pada pukul 7:00 pagi sehinggalah jam 1:00 tengah hari.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah pendaftaran keahlian percuma, pameran usahawan dan taklimat-taklimat dari pelbagai agensi luar seperti pihak KWSP, Sibu Digital Innovation Hub, BSN dan Pejabat Daerah Sibu. Program diakhiri dengan sesi bergambar. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dan sokongan positif dari penghuni Rumah Suria terutamanya Tuai Rumah Suria. Diharap program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali