Kursus Pengenalan dan Tatacara Permohonan Persijilan Sediaan di Rumah (Home Based Food) Siri 2

17 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2023 (Ahad), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Pengenalan & Tatacara Permohonan Persijilan Sediaan di Rumah (Home Based Food) Siri 2 pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang dimana kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus tersebut telah disertai oleh seorang peserta.

Melalui kursus tersebut, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada persijilan sediaan di rumah (home based food) dengan lebih mendalam. Peserta juga turut didedahkan dengan kelebihan mendapat persijilan sediaan di rumah dimana dapat menjadikan produk tersebut lebih dipercayai pelanggan kerana telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu, melalui kursus ini juga, para peserta didedahkan dengan proses permohonan pensijilan sediaan di rumah (home based food) mengikut prosedur yang betul dan mudah untuk mendapatkan kelulusan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali