Kursus Pengenalan Halal & Tatacara Permohonan Halal Siri 4

17 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2023 (Ahad), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Pengenalan Halal & Tatacara Permohonan Halal Siri 4 pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kursus ini dimana seorang peserta datang secara fizikal ke PEDi Kg Jeriah manakala seorang lagi telah menghadiri kursus ini secara atas talian dari rumah.

Melalui kursus tersebut, peserta didedahkan dengan pengenalan tentang halal, penyediaan makanan halal dan kebaikan makanan halal. Peserta juga turut didedahkan dengan bagaimana untuk mengenal pasti logo halal yang sah supaya tidak keliru dengan longgokkan logo halal yang tidak sah di pasaran. Disamping itu, melalui kursus ini juga, para peserta didedahkan dengan proses permohonan pensijilan halal mengikut prosedur yang betul dan mudah untuk mendapatkan kelulusan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali