Sembang Santai 01 MIVO 5

2 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Jun 2023, Khamis, staf PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Sembang Santai 01 MIVO 5 pada pukul jam 10:30 pagi sehingga jam 11:30 pagi melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program ini disertai oleh sukarelawan MIVO 4 dari seluruh Malaysia. Sepanjang sesi tersebut, Ts. Md. Tahir Musa iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti MCMC telah membuat perkongsian tentang topik Klik Dengan Bijak iaitu Terlebih Kongsi , Anda Rugi.

Terlebih kongsi maklumat banyak memberi kesan negatif. Sehubungan dengan itu, pihak MCMC mengambil inisiatif untuk mewujudkan program bagi memberi kesedaran kepada netizen tentang pentingnya sikap berwaspada dalam berkongsi maklumat di media sosial. Selesai sesi perkongsian, kuiz MyCyberGenius telah diadakan bagi menguji tahap kefahaman para peserta program. Program berjalan dengan lancar dan dapat dijayakan dengan baik. Penyertaan mendapat sambutan yang baik daripada sukarelawan MIV dari seluruh Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali