Sembang Santai 02 MIVO 5

24 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2023, Jumaat, staf PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Sembang Santai 02 MIVO 5 pada pukul 3:00 petang melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program ini disertai oleh sukarelawan MIVO 5 dari seluruh Malaysia. Tujuan sembang santai ini adalah untuk membincangkan tentang tugasan sukarelawan dan tutorial cara mengisi maklum balas program. Sesi sembang santai diakhiri dengan sesi bergambar antara semua sukarelawan yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali