Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 11

23 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2023, Rabu, staf PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 11 pada pukul 3 petang sehinggalah 4 petang melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan pada sesi kali ini adalah tentang borang maklumbalas sukarelawan MIVO 4. Para sukarelawan didedahkan dengan tatacara pengisian borang yang akan dihantar pada minggu terakhir nanti. Program diakhiri dengan sesi bergambar. Sambutan untuk sesi sembang santai tersebut mendapat sambutan yang baik dari sukarelawan MIVO. Diharap dengan adanya sesi ini, para sukarelawan MIV dapat mengisi borang maklumbalas kelak dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali