e-Learning – Matematik (Operasi Asas)

19 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Matematik (Operasi Asas) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta. Untuk e-Learning – Matematik (Operasi Asas), para peserta telah diminta untuk mengulangkaji subjek matematik tahun 1, Operasi Asas yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

Sesi e-learning pada kali ini telah menggunakan platform atas talian Wordwall.com sebagai medium ulangkaji yang dapat menjadikan sesi ulangkaji lebih menarik dan menyeronokkan. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di PEDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali