Kelas Interaktif PowerPoint

19 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Interaktif PowerPoint yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Di dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan cara mencipta permainan TicTacToe menggunakan Microsoft PowerPoint.

Selepas sesi penerangan, peserta dikehendaki membuat latihan bagi menambah lagi kefahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali