Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Internet

4 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Internet yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh tiga orang peserta. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing cara menggunakan Microsoft PowerPoint.

Sepanjang sesi kelas berlangsung, peserta didedahkan dengan penggunaan animasi dan ilustrasi dalam Microsoft PowerPoint. Seterusnya, peserta diberikan latihan membuat slaid pembentangan bagi memudahkan para peserta memahami apa yang telah diajar dengan lebih baik lagi. Setelah itu, peserta perlu membentangkan slaid yang telah dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Untuk kelas asas internet, peserta didedahkan dengan kebaikan dan keburukan internet. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penggunaan emel dan pelayar web. Diharapkan kelas asas PowerPoint dan internet ini dapat memberi manfaat untuk para peserta dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali