Inspirasi Usahawan: Terokai Potensi Melalui Jualan Produk Digital
26 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 25 Ogos 2023, Jumaat, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah seliaan Penyedia Perkhidmatan Maxis telah mengadakan satu sesi perkongsian secara atas talian berkenaan topik Inspirasi Usahawan: Terokai Potensi Melalui Jualan Produk Digital yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Perkongsian atas talian ini telah diadakan dengan menggunakan platform Google Meet dan telah dikendalikan oleh pengurus PEDi Tj. Bowang.
Di dalam perkongsian pada kali ini, staf PEDi telah diperkenalkan dengan produk digital dimana produk digital adalah produk atau kandungan yang wujud dalam bentuk elektronik atau digital seperti, e-buku, kursus dalam talian, perisian, rekaan grafik dan banyak lagi. Melalui perkongsian ini juga, telah dikongsikan manfaat menjual produk digital ini seperti dapat menjana pendapatan pasif, kos penghasilan yang rendah, skalabiliti yang mudah dan banyak lagi.
Turut dikongsikan juga beberapa platform yang boleh digunakan untuk menjual produk-produk digital seperti Shopee dan Etsy. Semoga sesi perkongsian secara atas talian ini boleh membantu staf PEDi dalam menambahkan ilmu pengetahuan khususnya tentang produk digital seterusnya dapat menggunakan maklumat yang telah disampaikan untuk dikongsikan dengan komuniti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: