Kelas Softskill – Kemahiran Penyelesaian Masalah

10 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Softskill – Kemahiran Penyelesaian Masalah yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Bersempena sambutan Hari Malaysia, para peserta telah ditayangkan sebuah video pendek yang mengisahkan sejarah pembentukan Malaysia.

Sejurus selesai menonton video pendek tersebut, para peserta dikehendaki untuk menyelesaikan wordsearch dan dua buah puzzle yang bertemakan Hari Malaysia. Aktiviti ini dibuat bagi merangsang kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah para peserta. Semoga kelas yang diadakan dapat memberikan manfaat kepada para peserta seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali