Kelas STEM – Single Propeller Aircraft

9 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Single Propeller Aircraft yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Kelas STEM pada kali ini para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Single Propeller Aircraft. Sebelum aktiviti pemasangan bermula, para peserta diberi penerangan tentang cara melaksanakan aktiviti.

Ssterusnya, peserta diminta untuk bekerjasama dalam memasang komponen kereta yang telah disediakan. Di akhir aktiviti, peserta berjaya memasang komponen kapal terbang dengan betul dan mampu berfungsi dengan baik. Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali