Softskills – Puzzle
23 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Softskills iaitu Puzzle yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Sebelum bermulanya aktiviti, para peserta telah diperkenalkan terlebih dahulu dengan makanan kebangsaan malaysia iaitu Nasi Lemak.
Seterusnya, peserta dikehendaki untuk menyelesaikan sebuah puzzle yang berlatarkan gambar nasi lemak menggunakan platform atas talian, puzzlegarage.com. Melalui aktiviti menyelesaikan puzzle ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran merancang, daya fokus dan kemahiran penyelesaian masalah. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, kemahiran softskills dapat diasah seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai daya fokus yang tinggi dan mahir dalam aspek penyelesaian masalah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: