Kelas STEM – Tangan Robotik

31 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Julai 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Tangan Robotik yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Dalam kelas ini, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti-aktiviti STEM. Salah satu aktiviti STEM yang telah diperkenalkan kepada para peserta adalah aktiviti memcipta tangan robotik. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki menonton sebuah video pendek tentang cara-cara membuat tangan robotik dengan menggunakan peralatan ringkas.

Untuk aktiviti STEM ini, pihak PEDi Kg Jeriah telah menyediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, pembaris, pita pelekat, benang dan straw untuk kegunaan para peserta untuk membuat tangan robotik. Diharapkan kelas STEM ini dapat membantu para peserta meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk menghasilkan teknologi baharu pada masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali