Kelas Asas Shopee

27 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Shopee yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga pukul 10:00 pagi bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta. Untuk kelas asas Shopee ini, para peserta terlebih dahulu diperkenalkan dengan platform Shopee. Seterusnya, para peserta telah dibimbing untuk mendaftarkan akaun penjual mereka di portal Shopee.

Setelah selesai mendaftarkan akaun mereka, para peserta diminta untuk menyediakan profil kedai Shopee mereka. Mereka juga turut diajar bagaimana untuk menambahkan produk yang ingin dijual ke dalam portal Shopee. Semoga dengan adanya kelas keusahawanan seperti ini, ia dapat membantu para usahawan dan bakal usahawan untuk memasarkan produk mereka melalui platform e-dagang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali