Shopee X PUPUK: Optimumkan Penyenaraian Produk Anda

5 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Oktober 2023, Rabu, pihak MCMC dengan kerjasama Shopee telah mengadakan kursus Shopee X PUPUK: Optimumkan Penyenaraian Produk Anda secara atas talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang melalui aplikasi Zoom. Sesi tersebut telah dihadiri oleh staf PEDi, Rakan Digital dan Usahawan PEDi di seluruh Malaysia. Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar bagaimana cara mengoptimumkan penyenaraian sesuatu produk di Shopee.

Selain itu, staf PEDi juga turut diajar bagaimana penerangan, variasi dan gambar sesuatu produk memainkan peranan yang penting dalam membuat pembeli rasa lebih yakin dengan produk yang disenaraikan dan seterusnya membuat pembelian dari kedai anda. Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab oleh pihak Shopee. Diharap program seperti ini berterusan dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali