Kelas STEM – Struktur Binaan

9 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM – Struktur Binaan yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Dalam kelas ini, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Struktur Binaan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki menonton sebuah video pendek tentang cara-cara membina pelbagai jenis struktur binaan dengan menggunakan peralatan ringkas.

Untuk aktiviti STEM ini, pihak PEDi Kg Jeriah telah menyediakan bahan-bahan seperti pencukil gigi dan tanah liat untuk kegunaan para peserta untuk membina struktur binaan. Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali