Webinar Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 2 2023

23 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2023 (Selasa), TEKUN Nasional dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan sesi Webinar Akses kepada Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 2/2023. Program ini terbuka kepada komuniti PEDi yang terdiri daripada kalangan usahawan berusia 18 tahun sehingga 65 tahun. Webinar tersebut bermula pukul 10:00 pagi sehinggalah pukul 11:00 pagi di mana kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.

Pelbagai jenis skim pembiayaan dikongsikan yang mensasarkan golongan usahawan Bumiputera dan masyarakat India yang menjalankan perniagaan patuh syariah bagi membantu golongan usahawan dalam perniagaan mereka. Diharap usahasama dan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan ekonomi di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali