Kelas Asas Promosi Media Sosial (Kedai TikTok)

27 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Promosi Media Sosial yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta. Untuk kelas asas promosi media sosial ini, para peserta telah diperkenalkan dengan salah satu platform media sosial yang terkenal iaitu TikTok dan bagaimana mereka boleh menggunakan platform TikTok tersebut sebagai media sosial dan juga sebagai kedai TikTok mereka.

Selepas itu, para peserta telah dibimbing untuk mendaftarkan dan membuka kedai TikTok mereka dan diajar, cara untuk menambahkan produk ke dalam kedai TikTok mereka. Semoga dengan adanya kelas keusahawanan seperti ini, ia dapat membantu para usahawan dan bakal usahawan untuk menggunakan media sosial khususnya TikTok sebagai salah satu platform untuk memasarkan produk mereka pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali