Kelas Asas Microsoft Word

9 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Di dalam kelas asas Microsoft Word ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word.

Para peserta juga telah diberikan latihan untuk membuat risalah bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali