Kelas Asas Komputer dan Asas Microsoft Word

19 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Pada permulaan kelas, peserta telah diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital. Seterusnya, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen.

Para peserta juga turut diajar cara menaip yang betul. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word. Sebelum kelas tamat, para peserta telah diberikan latihan bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali