Kelas Asas Komputer, Asas Menaip, Microsoft Word dan Advokasi
25 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer, Asas Menaip, Microsoft Word dan Advokasi yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang peserta lepasan SPM. Pada permulaan kelas, peserta telah diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital.
Seterusnya, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen. Para peserta juga turut dibimbing cara asas penggunaan Microsoft Word dan kemudiannya didedahkan dengan elemen seperti ribbon, bentuk, jadual dan carta dalam dokumen Microsoft Word. Selain itu, Peserta juga diberikan latihan untuk membiasakan mereka dengan komputer dan Microsoft Word. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: