Kelas Asas Microsoft Word

3 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Di dalam kelas asas Microsoft Word ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word. Untuk sesi penilaian, peserta didedahkan dengan penggunaan Google Form bagi menguji tahap pemahaman peserta dengan apa yang telah dipelajari. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali