Softskills – Permainan Checkers (Dam)

15 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2024, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Softskills iaitu Permainan Checkers (Dam) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Sebelum bermulanya aktiviti bermain checkers (dam), peserta terlebih dahulu dibimbing untuk mengetahui peraturan-peraturan bermain checkers (dam). Memahami cara permainan yang betul amatlah penting untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Melalui aktiviti bermain checkers (dam) ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran merancang, daya fokus dan kemahiran penyelesaian masalah.

Diharapkan dengan adanya aktiviti, kemahiran softskills dapat diasah seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai daya fokus yang tinggi dan mahir dalam aspek penyelesaian masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali