Softskills – Puzzle

28 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Softskills iaitu Puzzle yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.

Sebelum bermulanya aktiviti, para peserta telah diperkenalkan terlebih dahulu dengan salah satu perayaan yang disambut di Malaysia iaitu Hari Raya. Seterusnya, peserta dikehendaki untuk menyelesaikan sebuah puzzle yang berlatarkan sambutan hari raya menggunakan platform atas talian, puzzel.org. Melalui aktiviti menyelesaikan puzzle ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran merancang, daya fokus dan kemahiran penyelesaian masalah.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, kemahiran softskills dapat diasah seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai daya fokus yang tinggi dan mahir dalam aspek penyelesaian masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali