E-Learning – Bahasa Melayu (Buah-buahan Tempatan)
28 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Bahasa Melayu (Buah-buahan Tempatan) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.
E-Learning pada kali ini adalah mengulangkaji subjek Bahasa Melayu. Peserta dikehendaki untuk mengenal pasti buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia. Turut dijelaskan juga tentang khasiat dan kebaikan buah-buahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta dikhendaki untuk menyelesaikan word search yang berkaitan dengan buah-buahan tempatan.
Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NADI lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: