Webinar Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012
7 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2024 (Rabu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan Webinar Kaedah-Kaedah Keselamatan Pos di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Webinar ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan telah dihadiri oleh petugas-petugas NADI seluruh Malaysia.
Webinar ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu keselamatan PUDO@NADI yang perlu dipertimbangkan susulan kenaikan jumlah bungkusan. Selain itu, rangkaian pos juga semakin terdedah kepada ancaman aktiviti yang berkait dengan perdagangan haram, jenayah dan keganasan. Oleh itu, perancangan dan kawalselia yang baik perlu diwujudkan bagi menyokong dan melindungi kakitangan, rangkaian dan pengguna perkhidmatan pos dan kurier.
Webinar ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab dan soal selidik tentang impak dan keberkesanan perkhidmatan PUDO di NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: