Kelas Asas Komputer, Menaip dan Microsoft Word
21 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer, Menaip dan Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari bertempat di bilik latihan NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 9 orang peserta.
Pada permulaan kelas, peserta telah diperkenalkan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional. Seterusnya, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen. Para peserta juga turut diajar cara menaip yang betul.
Di dalam kelas asas Microsoft Word pula, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word. Para peserta telah diberikan latihan sebelum kelas tamat bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari.
Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: