E-Learning – Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan) & Sains (Bahagian Tubuh Haiwan)

24 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2024, Selasa, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan) & Sains (Bahagian Tubuh Haiwan) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta.

E-Learning pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Bahasa Melayu dan Sains. Untuk sesi yang pertama iaitu Bahasa Melayu, para peserta telah didedahkan dengan apa yang dimaksudkan dengan penjodoh bilangan. Para peserta telah diberikan beberapa contoh penjodoh bilangan serta bagaimana cara untuk menggunakan penjodoh bilangan tersebut dalam sesuatu ayat.

Untuk sesi E-Learning yang kedua iaitu subjek Sains, para peserta telah didedahkan dengan bahagian-bahagian tubuh haiwan yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Para peserta dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan kuiz sebelum kelas tamat.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di NADI lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali