Program Cuti Sekolah
19 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 & 18 Februari 2024, Sabtu & Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Program Cuti Sekolah yang berlangsung selama 2 hari yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Program ini mensasarkan golongan kanak-kanak berumur diantara 12 hingga 17 tahun. Program tersebut telah dihadiri oleh 4 orang peserta.
Program cuti sekolah ini telah telah dibahagikan kepada beberapa modul iaitu E-Learning, Soft skills, STEM dan Advokasi. Untuk modul E-Learning, para peserta terlebih dahulu didedahkan dengan subjek E-Learning Bahasa Melayu. Untuk subjek Bahasa Melayu ini, para peserta telah diperkenalkan dengan format penulisan surat rasmi. Seterusnya, para peserta turut didedahkan dengan aplikasi atas talian Canva di mana para peserta telah dibimbing cara-cara membuat poster menggunakan aplikasi Canva. Untuk modul E-Learning yang terakhir, peserta telah didedahkan dengan asas multimedia di mana mereka telah diajar cara untuk membuat permainan ringkas menggunakan PowerPoint yang menggabungkan pelbagai media seperti gambar, teks, bentuk, animasi, transisi dan sebagainya.
Untuk modul Softskills, para peserta dikehendaki untuk menyiapkan sebuah poster dan menyelesaikan puzzle. Melalui aktiviti ini, peserta dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran merancang, daya fokus dan kemahiran penyelesaian masalah.
Seterusnya, untuk modul STEM, para peserta telah didedahkan dengan aktiviti STEM – Keunikkan Cap Jari. Untuk modul STEM ini, para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan tentang keunikkan cap jari dan bagaimana cap jari terbentuk. Untuk aktiviti ini, para peserta telah dibekalkan dengan kertas, pensel dan pita pelekat. Mereka dikehendaki untuk mengambil cap jari masing-masing menggunakan bahan yang telah disediakan dan kemudian dikehendaki untuk membandingkan cap jari mereka dengan rakan-rakan yang lain. Semua bahan yang digunakan semasa aktiviti STEM ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah.
Semoga program cuti sekolah ini dapat mengisi masa lapang dan memberikan manfaat kepada para peserta seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: