Kelas STEM –Keunikan Cap Jari dan Tanglung Planet
25 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2024, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta.
Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Keunikan Cap Jari. Para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan tentang keunikkan cap jari dan bagaimana cap jari terbentuk. Untuk aktiviti ini, para peserta telah dibekalkan dengan kertas, pensel dan pita pelekat. Mereka dikehendaki untuk mengambil cap jari masing-masing menggunakan bahan yang telah disediakan dan kemudian dikehendaki untuk membandingkan cap jari mereka dengan rakan-rakan yang lain.
Seterusnya, selepas selesai sesi pertama, kelas STEM diteruskan dengan sesi yang kedua iaitu aktiviti STEM – Tanglung Planet. Para peserta telah diperkenalkan dengan 8 buah planet yang mengelilingi matahari. Seterusnya, para peserta dikehendaki untuk membina sebuah tanglung yang diberi nama berdasarkan 8 buah planet. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah kertas warna, kotak, batang lidi, gam dan pen penanda.
Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak PEDi Kg Jeriah. Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya mengambil sampel cap jari masing-masing dan membina Tanglung Planet yang mampu berfungsi dengan baik.
Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: