e-Learning –Sains & Matematik

20 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2024, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Sains & Matematik yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.

E-Learning pada kali ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi matematik dan sesi sains. Untuk sesi yang pertama, para peserta dikehendaki untuk mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan nilai tempat dan nilai digit.

Untuk sesi yang kedua pula, untuk subjek sains, para peserta dikehendaki untuk mengenalpasti bentuk muka bumi seperti jenis-jenis tanah dan kandungan tanah. Kedua-dua sesi e-learning pada kali ini telah menggunakan platform atas talian Quizizz.com sebagai medium pembelajaran yang boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di PEDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali