e-Learning – Bahasa Melayu
23 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2024, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Bahasa Melayu yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta.
E-Learning pada kali ini telah untuk mengulangkaji subjek bahasa melayu (kata ganti nama diri). Para peserta dikehendaki untuk mengenalpasti cara menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Sesi e-learning pada kali ini telah menggunakan platform atas talian Quizizz.com sebagai medium pembelajaran yang boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di PEDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: